Friday, May 6, 2011

Tanda - tanda Kehamilan

Setiap wanita yang mengandung terutama bagi yang 1st time memang x tahu dirinya mengandung kecuali dengan kesan-kesan yang sangat jelas seperti muntah-muntah, mual, sakit kepala, letih dsb.... itu adalah tanda-tanda yang biasa kita dengar dan tu pun setelah kandungan dah msk 5 minggu ke atas.

Bagi pasangan yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata terutama pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan zuriat mungkin agak stress. Mana nak layan pertanyaan ibu bapa, sanak saudara, teman sepejabat, jiran-jiran...semuanya tanya macam kita ni mesin buat anak pulak...huhuhu~~ Sebenarnya anak itu rezeki daripada Allah SWT. Kalau kita sudah berusaha tapi belum boleh rezeki lagi itu tandanya Allah SWT nak bagi rahmatNya..

Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia perlulah sentiasa berusaha kan? setelah berusaha barulah kita berserah padaNya..Hari ini, saya ingin berkongsi sedkit tips untuk pasangan yang baru berkahwin dan juga yang telah lama tentang tanda-tanda awal terjadinya kehamilan setelah bersama pasangan:

  1. Kedua-dua pihak mencapai inzal (klimaks) secara serentak
  2. Berlakunya keadaan seperti lemah selepas bersama
  3. Si isteri berkeadaan seolah-olah lelah semasa berlakunya inzal
  4. Tubuh isteri berkeadaan seolah-olah kering diikuti rasa dahaga
  5. Mata rahim berkeadaan sangat rapat sehinga gagal di tembusi mata pensil sekalipun
  6. Mulut rahim berkeadaan menaik dan ke hadapan
  7. Mulut rahim mengecut menyebabkan darah haid akan terkurung maka tidak didatangi haid
  8. Si isteri akan merasa adikit sakit di bahagian antara pusat dan kemaluan
  9. Boleh jadi turut terasa sukar untuk membuang air kecil 
Selapas berlakunya kehamilan, si isteri akan mengalami keadaan seperti:
  1. Merasa sedikit murung, malas, badan terasa berat, nafas tidak elok, sendawa masam, loya, sakit kepala, muntah, gelap mata dan jantung berdebar
  2. Ransangan nafsu makan yang tidak elok (mengidam) sebulan atau 2 bulan selepas itu
  3. Mata putih kelihatan menguning dan menghijau dan mungkin akan cengkung ke dalam
  4. Payudara terasa ngilu dan seperti dicucuk-cucuk 
  5. Air kencing wanita hamil pada peringkat awal bewarna keruh kuning kebiruan di sertakansuatu bahan seperti segumpal kapas yang disisir. Manakala pada peringkat akhir warnanya akan keruh kemerahan.
Apa pun bagi isteri yang telah lewat datang haid sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh yang sepatutnya, anda dinasihatkan segera lakukan pemeriksaan UPT (Urine Pregnancy Test) di rumah atau di hospital. Biasanya UPT di rumah jika positif maka TAHNIAH.....(^_^) anda hamil. Kadang kala, terdapat juga hasilnya negatif...tapi usah risau... tunggu lagi 1 minggu dan buat ujian semula kerana mungkin kandungan HCG di dalam air kencing anda belum banyak untuk dikesan oleh alat UPT.   
2 line = positif / 1 line = negatif

p/s: Bagi anda yang telah ataupun sedang hamil macam saya TAHNIAH (^_^) untuk anda. Jika tidak, anda masih punya banyak waktu.. Allah SWT sentiasa mendengar doa kita. Yakin lah....Chaiyok!!!

No comments:

Post a Comment