Showing posts with label Diari 9 bulan. Show all posts
Showing posts with label Diari 9 bulan. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

4th Antenatal Appoinment, 24w2d

10 Mei 2011...

Huhuhu...kali ni ayah tak ikut ibu. Ayah ada kt Kuala Lumpur, kerja...Ayah tak dpt cuti... Xpe, ibu akan hantar laporan kt ayah. Hehehe =)

Kali ni urine ibu normal. Ibu bebas dari kencing manis. Tapi doktor  tak puas hati sebab appoinment sebelum ni urine ibu ada gula. doktor yang ibu jumpa hari ni mintak ibu buat ujian OGTT kali ke-2. Aritu ibu dah buat sekali, normal. Harap-harap kali ni pun normal. Sebelum next appoinment, ibu kna buat OGTT.

Doktor cakap semuanya normal. Everything is good. Baby good, Ibu good.... Hehehe....

Alhamdulillah.........

p/s : OGTT - Oral Glucose Tolerance Test- Ujian untuk mengukur tahap gula dalam darah terutama bagi ibu hamil.

3rd Antenatal Appoinment, 20w2d

12 April 2011...

YESSSSSS!!!!!!!!!!!

Ayah teman ibu lagi pergi jumpa doktor. Excited ibu tgk muka ayah sebab kemungkinan minggu ni doktor akan wat ultrasound kat anak ibu ni. Ayah x sabar nak tahu jantina baby.

Sebelum ibu masuk jumpa doktor, ibu kena wat ujian urine macam biasa. Tapi result kali ni, ada gula dalam urine ibu. Macam ibu ada kencing manis jer, terkejut ibu. Doktor pun terkejut sebab sebelum ni urine ibu normal. doktor tanya ibu makan dah ke pagi tu sebelum wat urine, ibu cakap ibu makan dah. Ibu minum milo beng ngan nasi kerabu. Doktor cakap patut la...mungkin sebab minum ngan makan manis2 jadi urine pun ada gula. Fuh....mujur di sebabkan itu jer... Ibu risau takut ada kencing manis bukan apa, takut anak ibu jd besar dan akan ada kencing manis bila dah lahir nanti. Ibu tak nak anak ibu sakit di sebabkan ibu. Ibu nak anak ibu sihat wal'afiat. Amin.....

Haaa.....tiba masa ibu di scan melalui ultrasound. Ayah teman ibu masuk skali. Hehe...ayah ngan ibu dah berdebar2.. Doktor test degupan jantung anak ibu, ibu ngan ayah dengar denagn jelas jantung anak ibu ni, laju degupan jantung anak ibu macam jantung ibu ngan ayah. Doktor cakap ini normal. Alhamdulillah....

Pastu doktor tunjuk kt ibu ngan ayah kepala baby, mata, tangan ngan kaki, jantung, perut, paha, lutut dan tulang belakang baby.. semuanya normal. Ibu tgk ayah tersenyum bahagia. Ibu pun turut tersenyum...senyuman tanda syukur pada Allah....Anak ibu normal. Last skali doktor scan bahagian jantina anak ibu...doktor cakap terlalu awal..tak nampak jelas lagi. huhuhuhu....anak ibu malu yer....tak nak ibu ngan ayah tengok yer..... hehehe.. Tak pe, ayah ngan ibu terima anak ibu baik lelaki ataupun perempuan, asalkan anak ibu ngan ayah ni sempurna dan sihat.

p/s : Berat baby 337kg. Baby adalah permata yang tak ternilai bagi ayah dan ibu... (^_^) 

Thursday, May 19, 2011

Anak ibu semakin hari semakin besar. Anak ibu dah pandai bergurau, anak ibu dah pandai berguling, anak ibu dah pandai berenang, tapi ibu tak dapat tengok anak ibu buat semua tu. Ibu dapat rasa jer.. Tiap-tiap hari ibu rasa anak ibu bergerak.

Ibu pegang anak ibu, ibu sentuh anak ibu dengan tangan, ibu usap-usap supaya anak ibu tenang...ibu tahu anak ibu semakin besar...agaknya anak ibu tak selesa kat dalam perut ibu yang kecil... hehehe... Sabar yer sayang.. Nanti bila tiba masa, ibu pegang, ibu dukung, ibu dodoikan anak ibu yang betul2 punya. Tak lama dah anak ibu nak keluar tengok ibu, tengok ayah, tengok nenek dan atuk, tengok aunty2 ngan uncle2..kan..kan...hehe

Ibu tak tahu anak ibu ni lelaki ke perempuan... Ibu dan ayah tak kisah anak ibu lelaki atau perempuan janji anak ibu keluar dengan sihat, sempurna, dan cukup sifat. Ibu berdoa semoga Allah mendengar doa ibu dan makbulkan doa ibu dan ayah.

Ibu suka tengok gambar-gambar baby. Telatah mereka lucu dan menghiburkan..

Cutenye...(^_^)

Yang ini pun cute.... Kawaiii...=)
 p/s : Anak ibu dan ayah pasti lagi comel kan.... (^_^)

2nd antenatal appoinment, 14w2d

01 Mac 2011....
Hari ni kali kedua ibu pergi appoinment tuk check anak ibu. Kali ni ayah balik bercuti semata-mata nak teman ibu ke klinik. Ibu gembira sangat. hehe... Macam biasa ibu ambil no giliran yang awal dan ibu amik ujian air kencing. Normal. Sementara ibu menunggu untuk dipanggil jumpa doktor, ibu dan ayah masuk ke bilik motivasi untuk dengar ceramah tentang penjagaan gigi semasa hamil. Baru ibu tahu yang menjaga gigi semasa hamil amatlah penting. Masalah gigi semasa hamil boleh menyebabkan anak lahir tidak cukup bulan a.k.a bayi pra-matang. Alhamdulillah.....gigi ibu sihat. Kadang-kadang je bila ibu gosok gigi, gusi sedikit berdarah. Mereka kata itu normal bagi ibu hamil. InsayAllah...ibu akan jaga gigi ibu supaya anak ibu tak lahir pra-matang atau menghadapi masalah yang lain.

Semasa menunggu ibu dipanggil, ayah setia menemani ibu disisi. Ibu tahu ayah belum sarapan pagi, ibu suruh ayah pergi makan, tapi ayah tak mahu. Ayah nak tunggu ibu jugak. Terharu ibu bila ayah cakap macam tu. Ayah sanggup lapar untuk teman ibu..Terima kasih ayah!!

Tiba masa nama ibu dipanggil. Ibu dan ayah masuk jumpa doktor. Doktor periksa bloodd pressure ibu, normal. Doktor check perut ibu, normal. Doktor cakap everything is normal, good. Ayah yang kat sebelah ibu senyum...

Kali ni ibu tak buat ultrasound. 6 minggu lagi, ibu ada temujanji untuk yang ke-3. Ibu harap next appoinment, doktor akan wat ultrasound. Ayah pun tak sabar nak tgk.. hehe.....


p/s: Terima kasih abang (^_^)

1st Antenatal Appoinment, 9w6d

27 Januari 2011...
Hari yang ditunggu-tunggu ibu akhirnya sampai gak. 
Hari ni ibu akan di periksa oleh doktor di Klinik Obstetrik & Ginekologi (O&G). Kalau orang tua-tua dulu panggil Klinik Sakit Puan. Hehe..
Pagi-pagi lagi ibu sampai kt klinik, klinik pun xbuka lagi..betapa excited ibu nak tahu perkembangan anak ibu ni. Akhirnya ibu dpt la no giliran awal, no5. kira awal la tu, sbb masa ibu sampai, ade dah 4 org sedang tunggu macam ibu. Masuk je dalam klinik, staff nurse mintak ibu amik air kencing sbb diorang nak test kandungan gula dan albumin dalam air kencing ibu. 

Alhamdulillah...negatif, thats mean...normal. Pastu ibu timbang berat badan dan tinggi.. terkezut ibu...berat ibu dah naik la...44.5kg!!!! Wahhhh....seronoknya ibu.. Yelah..sblm ibu mengandung, berat ibu errr......hehehe..macam berat budak umur 8 tahun. Kui3.... Kiranya ibu dalam kategori underweight la...bayangkan...38kg jer!! Huhuhu....kurus-kurus.....


Ni la ibu sebelum mengandung (ibu tgk ayah tu)

Tak lama pastu darah ibu di ambil oleh staff nurse untuk wat ujian darah. Masa kena inject tu...sakit nye macam kena gigit semut api.. sakit skit jer. Kalau byk pun xpe..untuk anak ibu.. Hehe... Dalam sejam dua ibu tunggu, akhirnya no ibu pun di panggil untuk jumpa ngan doktor. Lepas doktor check tekanan darah, history ngan kedudukan anak ibu, doktor pun suh ibu wat ujian ultrasound. Hehe...part yang ibu paling tunggu-tunggu. Ibu nak tgk camne anak ibu. Nak tengok? Ibu ada gambar ultrasound anak ibu ni...

Masa ni anak ibu berusia 9minggu 6 hari sebesar sebiji anggur

Tak lama pastu ayah balik bercuti, terus ibu tunjuk anak ibu ni kat ayah. Ibu tengok ayah gembira bukan main. Senyum ajer...hehe..

Tuesday, May 10, 2011

Good News !!! 5w3d...

Ibu rasa tak sedap hati...
Ibu dah lewat datang bulan 6 hari...kata orang, kalau lewat seminggu dah boleh check.
Ibu sms ayah bagitau masalah ibu, ayah terus suruh ibu check UPT. Ibu semakin berdebar.
Hati ibu cakap tunggu sampai betul-betul 7 hari baru ibu nak check UPT.

6.00am, 27 Disember 2010....
Genap 7 hari ibu lewat...yes!!! ini lah masanya. UPT Kit ibu dah standby malam tadi. Dengan tak sabarnya ibu terus ke bilik air, ibu buat UPT. Mula-mula hanya nampak 1 line, ibu tunduk kecewa.. Dah 2 kali ibu kecewa.. Kalau kali ni 1 line jugak, ibu pasti kecewa lagi. Ibu terus letak UPT tu dan terus mandi dan ambil wuduk, tak menoleh laagi pada UPT tu. Ibu nak cepat-cepat solat subuh, ibu nak berdoa agak Allah SWT kurniakan ibu dan ayah cahaya mata. 

Selesai mandi, tiba-tiba ibu rasa ibu nak tengok laagi sekali UPT tu. Hati ibu cakap ibu kena tengok, tapi akal ibu cakap "tak payah tgk la, td dah 1 line." tapi hati ibu mengalahkan akal ibu, akhirnya ibu tengok UPT tu dan.......ALHAMDULLILLAH..ibu menangis teresak-esak. Ibu menangis bukan sebab ibu kecewa, bukan ibu sedih...tapi ibu rasa gembira yang amat sangat. Ibu tak tahu nak cakap dengan siapa...ibu dongak ke atas, ibu tadah tangan ibu...ibu berterima kasih pada Allah SWT dengan tak terhingga. Allah mendengar doa ibu... Allah mendengar doa ayah.

Terima Kasih Ya Allah...

9.00am...
Pagi tu, ibu terus tujukan kaki ke Klinik Staf tempat ibu bekerja. Ibu nak pastikan dengan doktor betul ke ibu hamil anak ibu. Hampir 2 jam ibu menunggu akhirnya ibu dapat keputusan yang tak terhingga gembiranya... Saat doktor cakap, "Tahniah, awak mengandung. Dah 5 minggu 3 hari.." Ibu tersenyum. Tuhan saja yang tahu bertapa bergetar harti ibu bila doktor cakap macam tu. Ibu tak sabar nak cakap berita gembira ni kat ayah. Apa agaknya reaksi ayah. Hehehe...

Adakah ayah akn lompat kegembiraan cam ni?


atau

Menangis terharu cam ni?


2.30pm.....
Hehehe...ibu tak sabar nak tahu, ibu xbleh tahan nak bagitau ayah, ibu tak boleh tunggu ayah blk baru bagitau jadi.......ibu terus call ayah. 

Ayah : Hello...
Ibu : Hello..abg. 
Ayah : Dah jumpa doc?
Ibu : Dah...
Ayah : Doc cakap apa?
Ibu : Cuba abg teka....(ibu senyum smpai telinga..hehe)
Ayah : Ala...abg xpandai teka. Bagitau la.....(suara ayah start ketar2 dah)
Ibu : Hehehehe..... (saje nk kasi ayah suspen)
Ayah : Bagitau la...doc cakap apa? 
Ibu : Ada la...
Ayah : Apa yang ada?
Ibu : Hehehe......abg nk jd ayah la...
Ayah : Betul?????
Ibu : Betul......
Ayah : Ahhhhhh.....syukur alhamdulillah...haha..
Ibu : Hehehehehehehehehe.....

Saat tu ibu tau suara ayah dah bergetar. Tapi ayah control. Ibu dengar ayah tarik nafas dalam-dalam macam org semput. Kalau ayah ngan ibu je masa tu, ibu percaya ayah mesti menangis gumbira macam ibu. Tapi sebab ayah kat tempat kerja, jadi ayah tahan.

Pastu.....yang sweetnyer...ayah anta sms tulis, Yabedaaaaabeedduuuuuuuuuuuu...........!!!!

Yang pasti ayah dan ibu sangat menantikan anak kami yang sulung ni dan akan berusaha buat yang terbaik untuk anak ayah dan ibu. Azam kami untuk jadi ayah dan ibu yang cemerlang. InsyaAllah.... (^_^)


p/s : Satu pinta ibu dan ayah,jadilah anak yang soleh dan beriman pada Allah SWT.