Thursday, May 19, 2011

2nd antenatal appoinment, 14w2d

01 Mac 2011....
Hari ni kali kedua ibu pergi appoinment tuk check anak ibu. Kali ni ayah balik bercuti semata-mata nak teman ibu ke klinik. Ibu gembira sangat. hehe... Macam biasa ibu ambil no giliran yang awal dan ibu amik ujian air kencing. Normal. Sementara ibu menunggu untuk dipanggil jumpa doktor, ibu dan ayah masuk ke bilik motivasi untuk dengar ceramah tentang penjagaan gigi semasa hamil. Baru ibu tahu yang menjaga gigi semasa hamil amatlah penting. Masalah gigi semasa hamil boleh menyebabkan anak lahir tidak cukup bulan a.k.a bayi pra-matang. Alhamdulillah.....gigi ibu sihat. Kadang-kadang je bila ibu gosok gigi, gusi sedikit berdarah. Mereka kata itu normal bagi ibu hamil. InsayAllah...ibu akan jaga gigi ibu supaya anak ibu tak lahir pra-matang atau menghadapi masalah yang lain.

Semasa menunggu ibu dipanggil, ayah setia menemani ibu disisi. Ibu tahu ayah belum sarapan pagi, ibu suruh ayah pergi makan, tapi ayah tak mahu. Ayah nak tunggu ibu jugak. Terharu ibu bila ayah cakap macam tu. Ayah sanggup lapar untuk teman ibu..Terima kasih ayah!!

Tiba masa nama ibu dipanggil. Ibu dan ayah masuk jumpa doktor. Doktor periksa bloodd pressure ibu, normal. Doktor check perut ibu, normal. Doktor cakap everything is normal, good. Ayah yang kat sebelah ibu senyum...

Kali ni ibu tak buat ultrasound. 6 minggu lagi, ibu ada temujanji untuk yang ke-3. Ibu harap next appoinment, doktor akan wat ultrasound. Ayah pun tak sabar nak tgk.. hehe.....


p/s: Terima kasih abang (^_^)

No comments:

Post a Comment