Friday, May 6, 2011

Resepi Muffin Coklat

Duk asyik tgk-tgk page resepi td, terjumpa la satu resepi muffin coklat yang sangat ringas dan senang nk buat. Cari resepi yang senang-senang ajer...maklum la...tangan saya yang cantik ni x la handal sangat bab masak memasak ni hehe...jd kejenye nk senang dan simple jer la. Huhu...ingat hari ni nk try buat. Sapa2 yang nk cuba boleh klik kt sini. Creadit to yani (chef asal =)

Tapi bagi korang yang x nak buka window lain, buleh la nk tgk kt bawah... sila-sila lah yer..jgn segan2 (^_^)


Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder 

Cara-cara

  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" 
  2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang)
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula

Taddaa....haa...kjp jer dah siap..Selamat Mencuba...

p/s: Lepas dah jd isteri orang dan bakal jd ibu orang ni..kene la rajin2 memasak.. huhuhu.

No comments:

Post a Comment