Tuesday, September 20, 2011

5th Antenatal Appoinment, 28w2d

7 Jun 2011

Hari ni ibu jumpa doktor lagi. Kali ni, berat ibu dah byk bertambah, 51.5kg. hehe... Susah tuk ibu capai berat mcm ni. Kalau bukan sbb dlm perut ibu ada bby, x mungkin la ibu nk capai berat sampai 50kg. Ibu suka dengan perubahan ni, nampak ibu berisi sikit. Semua orang cakap muka ibu dah bulat, chin pn dah nampak double. kekeke...=)

Anak ibu x ade mslh. Semuanya normal. Alhamdulillah...ibu bersyukur pada Allah. Doktor ada buat ultrasound kt bby harini. Dia nak tgk fetal groeth dengan kedudukan placenta. "Everything was good and see you next 2 weeks." kata doktor. Ibu senyum aje. Ibu tahu, anak ibu memebesar dengan baik.

Our New Bundle of Joy (^_^)

Fuhh...lama sangat dah ibu tak buka blog ni. Terasa sangat2 la malas tuk 3 bln ni. Bukan apa, saat kandungan semakin sarat ni, ibu dah tak larat nak menulis blog. Tapi Alhamdulillah...selepas ibu dah lahirkan anak ibu yang sulung ni, ibu rasa bersemangat pula nak aktif berblog ni. Hehehe...ibu rasa byk idea pulak nk kongsi dengan anak ibu ni...

Tapi sebelum tu ibu nak memperkenalkan anak ibu yang comel ni. Selamat Datang ke dunia sayang. =)



New Baby Announcements
Birth Announcements by WiddlyTinks.com



Ibu dan ayah sayang Ikmal!!!

p/s : Semakin hari, semakin bulat....

Tuesday, May 24, 2011

Kek Keju Coklat Strawberi

Bahan - bahan :

LAPISAN COKLAT
200gm          mentega (dicairkan)
  30gm          serbuk koko
  90gm          tepung gandum (diayak)
150gm          gula kastor
2 biji            telur (dipukul sedikit)

LAPISAN KEJU
375gm          krim keju
100gm          gula kastor
150gm          buah strawberi
2 biji            telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil  esen vanilla

Cara - cara :

LAPISAN COKLAT 
  1. Campurkan mentega cair, gula dan sebuk koko di dalam mangkuk. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan telur secara perlahan-lahan. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan dikacau sebati.
  4. Tuang ke dalam loyang yang telah di gris. Ketepikan.
LAPISAN KEJU
  1. Di dalam mangkuk, pukul krim keju, gula dan esen vanilla dengan mixer sehingga tekstur menjadi licin.
  2. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit. Kacau.
  3. Tuang adunan ke atas adunan lapisan coklat. 
  4. Tabur buah strawberi di atasnya.
  5. Bakar adunan pada suhu 180 degree selama 40-45minit atau sehingga masak

p/s : Biarkan sejuk setelah masak, barulah di potong. Selamat Mencuba (^_^)

4th Antenatal Appoinment, 24w2d

10 Mei 2011...

Huhuhu...kali ni ayah tak ikut ibu. Ayah ada kt Kuala Lumpur, kerja...Ayah tak dpt cuti... Xpe, ibu akan hantar laporan kt ayah. Hehehe =)

Kali ni urine ibu normal. Ibu bebas dari kencing manis. Tapi doktor  tak puas hati sebab appoinment sebelum ni urine ibu ada gula. doktor yang ibu jumpa hari ni mintak ibu buat ujian OGTT kali ke-2. Aritu ibu dah buat sekali, normal. Harap-harap kali ni pun normal. Sebelum next appoinment, ibu kna buat OGTT.

Doktor cakap semuanya normal. Everything is good. Baby good, Ibu good.... Hehehe....

Alhamdulillah.........

p/s : OGTT - Oral Glucose Tolerance Test- Ujian untuk mengukur tahap gula dalam darah terutama bagi ibu hamil.

3rd Antenatal Appoinment, 20w2d

12 April 2011...

YESSSSSS!!!!!!!!!!!

Ayah teman ibu lagi pergi jumpa doktor. Excited ibu tgk muka ayah sebab kemungkinan minggu ni doktor akan wat ultrasound kat anak ibu ni. Ayah x sabar nak tahu jantina baby.

Sebelum ibu masuk jumpa doktor, ibu kena wat ujian urine macam biasa. Tapi result kali ni, ada gula dalam urine ibu. Macam ibu ada kencing manis jer, terkejut ibu. Doktor pun terkejut sebab sebelum ni urine ibu normal. doktor tanya ibu makan dah ke pagi tu sebelum wat urine, ibu cakap ibu makan dah. Ibu minum milo beng ngan nasi kerabu. Doktor cakap patut la...mungkin sebab minum ngan makan manis2 jadi urine pun ada gula. Fuh....mujur di sebabkan itu jer... Ibu risau takut ada kencing manis bukan apa, takut anak ibu jd besar dan akan ada kencing manis bila dah lahir nanti. Ibu tak nak anak ibu sakit di sebabkan ibu. Ibu nak anak ibu sihat wal'afiat. Amin.....

Haaa.....tiba masa ibu di scan melalui ultrasound. Ayah teman ibu masuk skali. Hehe...ayah ngan ibu dah berdebar2.. Doktor test degupan jantung anak ibu, ibu ngan ayah dengar denagn jelas jantung anak ibu ni, laju degupan jantung anak ibu macam jantung ibu ngan ayah. Doktor cakap ini normal. Alhamdulillah....

Pastu doktor tunjuk kt ibu ngan ayah kepala baby, mata, tangan ngan kaki, jantung, perut, paha, lutut dan tulang belakang baby.. semuanya normal. Ibu tgk ayah tersenyum bahagia. Ibu pun turut tersenyum...senyuman tanda syukur pada Allah....Anak ibu normal. Last skali doktor scan bahagian jantina anak ibu...doktor cakap terlalu awal..tak nampak jelas lagi. huhuhuhu....anak ibu malu yer....tak nak ibu ngan ayah tengok yer..... hehehe.. Tak pe, ayah ngan ibu terima anak ibu baik lelaki ataupun perempuan, asalkan anak ibu ngan ayah ni sempurna dan sihat.

p/s : Berat baby 337kg. Baby adalah permata yang tak ternilai bagi ayah dan ibu... (^_^) 

Thursday, May 19, 2011

Anak ibu semakin hari semakin besar. Anak ibu dah pandai bergurau, anak ibu dah pandai berguling, anak ibu dah pandai berenang, tapi ibu tak dapat tengok anak ibu buat semua tu. Ibu dapat rasa jer.. Tiap-tiap hari ibu rasa anak ibu bergerak.

Ibu pegang anak ibu, ibu sentuh anak ibu dengan tangan, ibu usap-usap supaya anak ibu tenang...ibu tahu anak ibu semakin besar...agaknya anak ibu tak selesa kat dalam perut ibu yang kecil... hehehe... Sabar yer sayang.. Nanti bila tiba masa, ibu pegang, ibu dukung, ibu dodoikan anak ibu yang betul2 punya. Tak lama dah anak ibu nak keluar tengok ibu, tengok ayah, tengok nenek dan atuk, tengok aunty2 ngan uncle2..kan..kan...hehe

Ibu tak tahu anak ibu ni lelaki ke perempuan... Ibu dan ayah tak kisah anak ibu lelaki atau perempuan janji anak ibu keluar dengan sihat, sempurna, dan cukup sifat. Ibu berdoa semoga Allah mendengar doa ibu dan makbulkan doa ibu dan ayah.

Ibu suka tengok gambar-gambar baby. Telatah mereka lucu dan menghiburkan..

Cutenye...(^_^)

Yang ini pun cute.... Kawaiii...=)
 p/s : Anak ibu dan ayah pasti lagi comel kan.... (^_^)

2nd antenatal appoinment, 14w2d

01 Mac 2011....
Hari ni kali kedua ibu pergi appoinment tuk check anak ibu. Kali ni ayah balik bercuti semata-mata nak teman ibu ke klinik. Ibu gembira sangat. hehe... Macam biasa ibu ambil no giliran yang awal dan ibu amik ujian air kencing. Normal. Sementara ibu menunggu untuk dipanggil jumpa doktor, ibu dan ayah masuk ke bilik motivasi untuk dengar ceramah tentang penjagaan gigi semasa hamil. Baru ibu tahu yang menjaga gigi semasa hamil amatlah penting. Masalah gigi semasa hamil boleh menyebabkan anak lahir tidak cukup bulan a.k.a bayi pra-matang. Alhamdulillah.....gigi ibu sihat. Kadang-kadang je bila ibu gosok gigi, gusi sedikit berdarah. Mereka kata itu normal bagi ibu hamil. InsayAllah...ibu akan jaga gigi ibu supaya anak ibu tak lahir pra-matang atau menghadapi masalah yang lain.

Semasa menunggu ibu dipanggil, ayah setia menemani ibu disisi. Ibu tahu ayah belum sarapan pagi, ibu suruh ayah pergi makan, tapi ayah tak mahu. Ayah nak tunggu ibu jugak. Terharu ibu bila ayah cakap macam tu. Ayah sanggup lapar untuk teman ibu..Terima kasih ayah!!

Tiba masa nama ibu dipanggil. Ibu dan ayah masuk jumpa doktor. Doktor periksa bloodd pressure ibu, normal. Doktor check perut ibu, normal. Doktor cakap everything is normal, good. Ayah yang kat sebelah ibu senyum...

Kali ni ibu tak buat ultrasound. 6 minggu lagi, ibu ada temujanji untuk yang ke-3. Ibu harap next appoinment, doktor akan wat ultrasound. Ayah pun tak sabar nak tgk.. hehe.....


p/s: Terima kasih abang (^_^)